RENOWNED AMERICAN MILITARY ACADEMIES VISITED USIM

// RENOWNED AMERICAN MILITARY ACADEMIES VISITED USIM

Renowned American Military Academies Visited USIM

           The Faculty of Syariah and Law (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) has received guests from three renowned American military academies namely United States Military Academy (USMA) West Point, United States Naval Academy (USNA) Annapolis and Tufts University, Boston. The visit took place on Friday, 2 June 2023, arranged by Co-ordinators of International Law Unit (ILU), FSU, USIM, namely Assoc. Prof. Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr. Fareed Mohd Hassan and Dr. Noor Dzuhaidah Osman. They are now on a tour to selected universities in Malaysia and Singapore beginning 1 June 2023.

            The delegate consists of 12 students from USMA, USNA and Tufts accompanied by two academic staff who flew all the way from the US. The visit was made upon the request of Dr. Haemin Jee, a professor at US Military Academy who holds a PhD from Stanford University, US. An e-mail of intent to visit was delivered to Dr. Hazmi in view of having international law discourse with Malaysian academics. The main topics discussed were China-US relationships with Malaysia relating to matters pertaining to maritime security and law of the sea.

             Dr. Hazmi, who has just returned from delivering a talk at a maritime conference organised by Centre of International Law, National University of Singapore welcomed the delegates on 2 June 2023 on behalf of USIM. The International Law Discourse featured Dr. Hazmi as the main speaker followed by Assoc. Prof. Dr Salawati Basir of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Mr. Ashraf Rafique of the Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS) based in Bangi.

The delegates were also welcomed by the Dean of FSU, Assoc. Prof. Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh and a member of USIM Board of Directors, Datuk Akbar Samon.

The 2-hour International Law Discourse went well with two-way discussions from various viewpoints relating to maritime affairs.

            This visit, which is the first of its kind involving American military institutions to USIM is a manifestation that USIM is now a key player in the field of international law focusing on maritime issues. This is truly a recognition for both FSU and USIM – home of emerging international law experts in this region. This delegation flew 32 hours from the United States and USIM was its first destination in Malaysia. Next, they will visit University Malaya before continuing their onward journey to Singapore.

             Prior to this, USIM has received a visit from a prominent professor of international law, Professor Donald Rothwell of the Australian National University last January. This recent visit by USMA, USNA and Tufts University shows that USIM is looked upon in high regard as a developing educational hub that offers quality higher education. USIM is pride of the nation.


Kunjungan Universiti Amerika Syarikat Terkemuka ke USIM

             Pada 2 Jun yang lalu, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi dari tiga institusi terkemuka dunia dari Amerika Syarikat iaitu United States Military Academy (USMA) di West Point, United States Naval Academy (USNA) di Annapolis dan Tufts University, Boston. Kunjungan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh International Law Unit (ILU), FSU, USIM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr. Fareed Mohd Hassan dan Dr. Noor Dzuhaidah Osman.

            Kunjungan ini melibatkan rombongan seramai 12 pelajar dan 2 pensyarah yang mengiringi mereka. Permintaan untuk membuat kunjungan ini dibuat oleh Dr. Haemin Jee, pensyarah di US Military Academy yang berkelulusan PhD dari Stanford University, Amerika Syarikat. Beliau telah mengirimkan e-mel kepada Penyelaras ILU, Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli bagi menyampaikan hasrat berkunjung dengan niat untuk bertukar pendapat, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang undang-undang antarabangsa, hal-ehwal maritim dan hubungan antarabangsa. Mereka sedang di dalam rangka lawatan penyelidikan ke Malaysia dan Singapura selama 2 minggu bermula 1 Jun 2023.

              Kunjungan ini tepat pada waktu memandangkan Dr. Hazmi baru sahaja pulang dari menyampaikan kertas kerja di Persidangan Maritim anjuran Centre for International Law, National University of Singapore dari 29 Mei 2023 sehingga 1 Jun 2023. Sewaktu di USIM, rombongan disambut dengan baik dan satu diskusi mengenai undang-undang iaitu International Law Discourse telah diadakan. Diskusi tersebut telah disamoaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi serta rakan-rakan seperjuangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Salawati Basir dan Encik Ashraf Rafique dari Institut Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS Institute), Bangi. Kehadiran semua para tetamu dari Amerika Syarikat ini juga disambut oleh Dekan FSU, Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh serta seorang Ahli Lembaga Pengarah USIM iaitu Datuk Akbar Samon.

               International Law Discourse yang berlangsung selama 2 jam berjalan dengan baik dengan pelbagai perbincangan akademik berkenaan hal-ehwal maritim diutarakan di antara USIM, UKM, IRIS dan rombongan dari Amerika Syarikat. Permintaan kunjungan ini adalah pertama seumpamanya yang melibatkan institusi-institusi terkemuka dunia dari Amerika Syarikat ini yang melihat USIM sebagai sebuah pakar rujuk dunia dalam bidang undang-undang antarabangsa. Masakan tidak – rombongan ini terbang 32 jam dari pelbagai destinasi di Amerika Syarikat dan telah menjadikan USIM sebagai destinasi pertama mereka di Malaysia, sebelum berkunjung ke Universiti Malaya dan seterusnya ke universiti-universiti yang lain di Singapura.

               Sebelum ini, ILU telah menerima kunjungan dari profesor undang-undang antarabangsa terkemuka dunia dari Australian National University Januari lalu. Kini, kunjungan para pensyarah dan mahasiswa USMA, USNA dan Tufts University ke FSU dan USIM adalah satu manifestasi bahawa USIM sedang mendunia serta dipandang tinggi sebagai pusat rujukan sejagat. Semoga USIM terus maju dan Malaysia menjadi hub rujukan antarabangsa.

2023-09-14T11:16:35+08:00