
International Law Unit (ILU) merupakan sebuah kumpulan penyelidikan di bawah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. ILU ditubuhkan sebagai platform untuk memperkukuh penyelidikan, penerbitan dan jaringan akademik dalam bidang undang-undang antarabangsa.
Visi:
Menjadi pusat rujukan unggul dalam undang-undang antarabangsa di peringkat serantau dan global.
Misi:
- Menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi dalam undang-undang antarabangsa
- Memperkasa jaringan akademik antarabangsa
- Menyumbang kepada pembangunan dasar dan pemikiran global
Objektif:
- Meningkatkan penerbitan berimpak tinggi
- Menggalakkan mobiliti akademik dan pelajar
- Memperkukuh kolaborasi rentas negara
Bidang Fokus Penyelidikan
- Undang-undang Antarabangsa Awam
- Undang-undang Laut dan Dasar Maritim
- Undang-undang Alam Sekitar Antarabangsa
- Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan
- Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi
- Undang-undang Jenayah Antarabangsa
- AI dan Undang-undang Siber
Senarai Projek Penyelidikan Semasa dan Terdahulu
- Geran bersama DFAT Australia, SUHAKAM dan Kementerian Pengajian Tinggi
- Geran Penyelidikan bersama Universitas Brawijaya (Indonesia) – projek berkaitan kedaulatan dan sejarah antarabangsa
- Kajian berkaitan jerebu rentas sempadan dan tadbir urus alam sekitar ASEAN
- Penyelidikan mengenai Selat Melaka dan kebebasan navigasi di bawah UNCLOS
- Projek analisis sejarah dan undang-undang Kedah dalam konteks kedaulatan antarabangsa
- Penyelidikan berkaitan Undang-undang Jenayah Antarabangsa, Undang-undang Perdagangan Antarabangsa, Siber dan AI
Senarai Penerbitan dan Program Anjuran
- Buku: International Law Unit: A Decade of Internationalisation (2025)
- Buku: ASEAN Classroom (2023)
- Artikel jurnal termasuk penerbitan dalam Journal of East Asia and International Law (JEAIL)
- Program utama: ASEAN Classroom (ACL) – program edutourism akademik sejak 2016 (dahulunya dikenali sebagai International Law Course (ILC).
- Seminar, wacana dan kolokium antarabangsa secara berkala


Aktiviti atau Pencapaian Terkini
- Penglibatan aktif dalam mobiliti akademik ke pelbagai negara termasuk Indonesia, Korea Selatan dan rantau ASEAN
- Kerjasama akademik dengan institusi dari Amerika Syarikat, Rusia, China, Australia dan Korea Selatan
- Penganjuran ASEAN Classroom edisi ke-9 (2025)
- Peningkatan penerbitan berimpak dan jaringan antarabangsa fakulti
- Memberikan komentar dipelbagai akhbar seperti Awani, Jakarta Post, Berita Harian, Utusan Malaysia, South China Morning Post, the Malay Mail Online, BFM Radio antara lain
Social Media:

