ACADEMIC PROGRAMMES

/ACADEMIC PROGRAMMES
ACADEMIC PROGRAMMES 2021-06-21T05:32:20+00:00

Program Prasiswazah

Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian

AKREDITASI PROGRAM

Akreditasi SMFF

LATAR BELAKANG

Program ini telah ditawarkan bermula sesi kemasukan 2005/2006. Program ini bermatlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang Syariah.

OBJEKTIF

Program Fiqh dan Fatwa FSU ditubuhkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

  1. menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan pada tahap tinggi di dalam bidang Syariah yang berkhidmat sebagai penjawat awam atau swasta untuk mensintesis dan mengaplikasi ilmu-ilmu fiqh yang diperlukan oleh masyarakat dan pasaran di peringkat nasional atau internasional.
  2. menghasilkan graduan yang professional dalam bidang Syariah yang berkhidmat sebagai penjawat awam atau swasta yang mampu bekerja secara berkumpulan, berfikir secara kritis, berkebolehan menyelesaikan permasalahan semasa yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam melalui istibat hukum, perbincangan secara jelas, tepat dan sistematik.
  3. menghasilkan graduan yang professional dalam bidang Syariah yang berkhidmat sebagai penjawat awam atau swasta yang kompeten, beretika dan berkemahiran praktikal dengan menggunakan kaedah istibat hukum serta pengeluaran fatwa yang memanfaatkan penggunaan sumber sains dan teknologi moden semasa secara berterusan serta mempunyai kemahiran keusahawanan.
  4. menghasilkan graduan yang professional dalam bidang Syariah yang berkhidmat sebagai penjawat awam atau swasta yang bersifat kepimpinan yang unggul, menerapkan akhlak, etika profesional, integriti dan proaktif bagi kerjaya yang bersesuaian dalam pasaran yang melibatkan aspek Syariah.

Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dengan Kepujian

AKREDITASI PROGRAM

Akreditasi SMUS

LATAR BELAKANG

Program ini telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada 15 Jun 2004 dan telah memulakan pengambilan pertama pada bulan Jun 2005/2006.

Program ini bermatlamat untuk memperlengkap pengetahuan secara dwi-major dalam kedua-dua bidang Undang-undang dan Syariah serta menerapkan kemahiran profesional, nilai-nilai dan amalan terbaik yang diperlukan dalam profesyen perundangan sivil dan Syariah di Malaysia.

OBJEKTIF

Program Undang-Undang dan Syariah FSU ditubuhkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

  1. Graduan yang berupaya memahami dan menjelaskan, mensintesis dan mengaplikasi prinsip-prinsip, amalan dan prosedur perundangan dan syariah dalam isu-isu semasa di peringkat negara dan antarabangsa.
  2. Graduan yang berupaya berkolaboratif dan berkebolehan menyelesaikan permasalahan semasa yang berkaitan dengan undang-undang sivil dan syariah melalui komunikasi berkesan.
  3. Graduan yang berupaya menggunakan sumber teknologi moden dalam mengembangkan ilmu dan kemahiran undang-undang sivil dan syariah serta mampu meneroka peluang keusahawanan di dalam profesyen perundangan.
  4. Graduan yang berupaya membangunkan intelektual dan diri, mempunyai daya kepimpinan yang unggul dan menerapkan penghayatan etika profesional dalam memberikan khidmat kepada klien dan masyarakat sejagat di dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah.

Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian

LATAR BELAKANG

Program ini baru ditubuhkan pada tahun 2019 dan memulakan tahun pengajiannya pada sesi akademik 2019/2020.

OBJEKTIF

Program Syariah (Industri Halal) FSU ditubuhkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1.     Melahirkan graduan Syariah yang mampu mengintegrasi ilmu naqli dan aqli selaras dengan kehendak Industri Halal tempatan dan antarabangsa.
2.     Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dan efisien dalam sesebuah organisasi yang berdaya saing.
3.     Melahirkan graduan yang berkebolehan untuk menganalisa permasalahan semasa yang berkaitan hukum dan lain-lain aspek di Industri Halal khasnya secara kreatif, inovatif dan beretika melalui pendekatan yang sistematik dan profesional.
4.     Melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan dan mempunyai kemahiran teknologi maklumat dalam masa yang sama menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya.