The 5th International Conference of the Posgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2025 (INPAC 2025)

//The 5th International Conference of the Posgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2025 (INPAC 2025)

NILAI, 23 Disember 2025. Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah berjaya menganjurkan INPAC 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSU dengan penyertaan para pembentang dan peserta secara fizikal serta dalam talian. Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam memperkasa wacana penyelidikan Syariah dan undang-undang di peringkat global.

Program dimulakan dengan ketibaan dan pendaftaran peserta serta pembentang, disusuli jamuan sarapan ringan.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program, YBrs. Prof. Madya Dr. Setiyawan Gunardi, yang menekankan kepentingan kolaborasi akademik dan penghasilan penyelidikan berimpak tinggi. Seterusnya, bacaan doa memohon keberkatan serta kelancaran sepanjang program berlangsung.

Majlis perasmian diteruskan melalui ucapan pembukaan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Manan Ismail, Dekan FSU yang menzahirkan sokongan penuh fakulti terhadap usaha memperkasa penyelidikan dan jaringan akademik antarabangsa.

Usai perasmian majlis, peserta bergerak ke bilik sesi selari bagi persediaan teknikal. Program berlangsung secara hibrid, dengan penyertaan fizikal di Bilik Mesyuarat Utama FSU serta siaran langsung melalui saluran YouTube.

Sesi pembentangan selari bermula tepat jam 9.30 pagi, menyaksikan pelbagai kertas kerja dibentangkan merangkumi isu-isu semasa dalam bidang Syariah dan perundangan. Perbincangan yang berlangsung memperlihatkan tahap intelektual yang tinggi serta komitmen peserta dalam memperkayakan diskusi ilmiah.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSU.

Secara keseluruhannya, INPAC 2025 berjaya mencapai objektifnya sebagai medan percambahan idea dan pengukuhan jaringan penyelidikan, selaras dengan aspirasi untuk memajukan penyelidikan Syariah dan undang-undang di peringkat antarabangsa.

2026-06-11T14:23:53+08:00