INSTITUTIONALIZING HUMAN RIGHTS WITHIN MALAYSIA’S BUSINESS AND POLICY ECOSYSTEMS ILO

//INSTITUTIONALIZING HUMAN RIGHTS WITHIN MALAYSIA’S BUSINESS AND POLICY ECOSYSTEMS ILO

PUTRAJAYA, 17 Disember 2025 – Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa menerusi kerjasama strategik dengan International Labour Organization (ILO) dalam penganjuran seminar bertajuk “From Policy to Practice: Institutionalizing Human Rights within Malaysia’s Business and Policy Ecosystems” yang berlangsung di Zenith Hotel, Putrajaya. 

Seminar yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu menghimpunkan ahli akademik, pelajar institusi pengajian tinggi, wakil industri serta pembuat dasar bagi membincangkan isu-isu berkaitan Responsible Business Conduct (RBC) dan Business and Human Rights (BHR) dalam konteks pembangunan ekomoni dan sosisal di Malaysia.

Penganjuran seminar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif projek ILO bertajuk “Building Responsible Value Chains in Asia through the Promotion of Decent Work in Business Operations (Phase II)”, yang bertujuan memperkukuh amalan perniagaan yang mampan, inklusif dan beretika melalui penerapan prinsip pekerjaan yang adil serta penghormatan terhadap hak asasi manusia dalam operasi perniagaan.

Antara objektif utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai piawaian buruh antarabangsa, memperkukuh pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) 2025 – 2030, serta memupuk kerjasama strategik antara institusi akademik, agensi kerajaan dan sektor industri dalam memperkasakan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. 

Program dimulakan dengan tayangan mesej video daripada wakil ILO sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan oleh pakar – pakar antarabangsa dan tempatan, termasuk wakil daripada Kementerian Sumber Manusia. Sesi forum dan perbincangan panel turut menampilkan tokoh akademik, wakil majikan, kesatuan sekerja serta pelajar USIM yang berkongsi pandangan mengenai cabaran, amalan terbaik dan peluang dalam memperkukuh pelaksanaan RBC dan BHR di Malaysia. 

Selain itu, program ini turut menyediakan ruang bagi sesi perbincangan tertutup antara pihak ILO dan ahli akademik untuk meneroka peluang kerjasama masa hadapan, khususnya dalam mengintegrasikan elemen RBC, hak buruh dan hak asasi manusia ke dalam kurikulum serta modul pengajian universiti. 

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan FSU USIM dalam memperkasakan pendidikan syariah dan undang – undang yang responsif terhadap perkembangan semasa, di samping menyumbang kepada pembangunan ekosistem perniagaan yang lebih beretika, inklusif dan mampan selaras dengan agenda pembangunan negara. 

2026-06-11T14:17:11+08:00