Majlis Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) USIM dan UMS

//Majlis Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) USIM dan UMS

KOTA KINABALU, 26 September 2025 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalin kerjasama strategik bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) yang berlangsung pada 26 September 2025.  Majlis menandatangani MoA ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, Naib Canselor UMS, disaksikan oleh YB. Datuk Haji Ruslan Bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. 

MoA ini menzahirkan komitmen strategik kedua-dua universiti dalam memperkukuh kerjasama akademik yang berimpak tinggi melalui Program DIJAP Pesisir di UMS, yang kini memasuki kohort kedua. Program ini membuka ruang baharu dalam pendidikan pascasiswazah, khususnya dalam bidang Kehakiman dan Guaman Syarie yang semakin relevan dengan keperluan semasa.

Melalui pelaksanaan program ini,  Guaman Syarie, seterusnya melahirkan graduan yang USIM berperanan penting dalam memperkasakan pendidikan pascasiswazah dalam bidang Kehakiman dan kompeten, berintegriti serta profesional dalam bidang kehakiman Syariah. 

Majlis turut menyaksikan penyerahan mock cheque Pembayaran Penjanaan Program DIJAP Pesisir Kohort 1 oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Manan Ismail, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (USIM) kepada YBrs. Prof. Dr. Muhamad Suhaimi Taat, Dekan Fakulti Pengajian Islam (UMS). 

2026-04-07T15:36:12+08:00