Program Details

/Program Details
Program Details 2018-12-31T14:00:19+00:00

Postgraduate Diploma in Substance Abuse (SPADA)

PROGRAM DETAILS

Programme Code: A201
Medium of instructions: English
Duration of Studies:
- Full Time: 3 semesters

Pengenalan

Masalah alkohol dan dadah adalah masalah khusus dan memerlukan kepakaran yang khusus juga. Ia memerlukan program yang dibentuk khas dalam bidang pengurusan, pendidikan pencegahan, dan juga pemulihan. Dengan adanya program khas sebegini diharapkan akan lahir kumpulan yang mahir dan pakar yang dapat memberikan impak yang kukuh kepada pengurusan, pendidikan, pencegahan dan khidmat pemulihan.

Dalam menangani permasalahan ini, USIM mengorak langkah menawarkan program fleksi bertaraf Sarjana yang bermatlamat untuk melahirkan kumpulan pakar di kalangan kaunselor/personalia dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan dalam alkohol dan dadah di negara ini.

Kumpulan Sasaran

Kaunselor, Pegawai Psikologi, Kaunselor Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Guru, Pegawai AADK, Pegawai Penjara, Pegawai Polis, Pegawai Tentera,  Pekerja Sosial, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia, Pegawai Kebajikan, Pegawai JAKIM, Pegawai Perubatan, Pegawai Kesihatan, Pegawai Belia dan Sukan, Ahli Badan Bukan Kerajaan dan mereka yang terlibat dalam aktiviti pendidikan pencegahan, rawatan, pemulihan,  penjagaan lanjutan dan bidang berkaitan dengan penyalahgunaan  dadah.


Objektif Program

  1. Melahirkan pakar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan pencegahan dan pengurusan dalam penyalahgunaan dadah.
  2. Melahirkan pakar yang mahir dalam menguruskan permasalahan dadah.
  3. Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pencegahan penyalahgunaan dadah.
  4. Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang rawatan dan pemulihan dadah.


Tempoh Pengajian

9 bulan sepenuh masa. Kursus dijalankan dalam tiga penggal dan setiap penggal kuliah memakan masa 10 minggu. Pelajar akan mengikuti program internship dalam setiap penggal.


Tempat Pengajian

  1. Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
  2. Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
* This programme is not available for international students

Admission Requirements (Advanced Diploma)

  • Bachelor degree in counseling /counseling and guidance; or
  • Related bachelor degree and at least three years experience in relevant area.