Potgraduate Diploma- Diploma in Islamic Judicial and Advocatory Practice (DIJAP)(Coursework)

//Potgraduate Diploma- Diploma in Islamic Judicial and Advocatory Practice (DIJAP)(Coursework)
Potgraduate Diploma- Diploma in Islamic Judicial and Advocatory Practice (DIJAP)(Coursework) 2024-09-08T23:34:06+08:00

Diploma Lepasan Ijazah-Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) adalah Diploma Pasca-Siswazah yang bertujuan untuk menghasilkan graduan dengan pengetahuan lanjutan dalam amalan kehakiman dan peguam dalam amalan syariah di Malaysia.

Program ini ditawarkan untuk memenuhi permintaan khusus kemahiran kehakiman dan guaman dalam profesion undang-undang syariah. Para pelajar diharap dapat menerapkan pengetahuan undang-undang dan syariah yang diperoleh semasa pengajian sarjana muda dalam menganalisis isu-isu dan amalan syariah di Malaysia. Program ini membentuk kesedaran pelajar untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keadilan sosial dalam amalan undang-undang syariah.

  • Mempunyai penguasaan lanjutan dalam ilmu kemahiran dan aptitud dalam perundangan syariah.
  • Memenuhi kehendak industri dalam profesion kehakiman dan guaman syarie dan mempamerkan kemahiran praktikal.
  • Kompeten, beretika dan mahir dalam proses dan peraturan mahkamah sama ada sivil atau jenayah.
  • Memahami pertikaian bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah dalam konteks negara Malaysia.

a) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (yang dahulu dikenali
sebagai Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang) dengan Kepujian
(SMUS) atau Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian (SMFF)
atau Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman dengan Kepujian atau
Ijazah Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian (SMSIH); atau

b) Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian dari institusi-institusi lain yang
diiktiraf oleh Senat; atau

c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari institusi-institusi
lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

d) Ijazah Sarjana Muda lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah
yang diiktiraf oleh Senat; atau

e) Kelulusan-kelulusan lain yang setaraf berserta pengalaman yang mencukupi
dan diiktiraf oleh Senat.