CLICK HERE FOR ITINERARY

 

 

INTERNATIONAL LAW COURSE 2017

 

20 – 26 September 2017

 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),

 

Kuala Lumpur, Malaysia

 

Objectives of the Programme

 

· To provide interactive and stimulating academic sessions on international law and the new developments relating to it;

 

· To promote USIM’s expertise in the area of international law in positioning itself as one of the foremost law schools in the field of international law in the region;

 

· To inculcate assimilation of various views from participants of different nationalities and legal systems on international law;

 

· To appreciate and highlight Islamic Legal Principles in responding and contributing positively to international law issues.

 

 

Photo of ILC 2016

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa graduan Bachelor of Syariah and Law (Hons) (BSL) dari USIM boleh mendaftar untuk memohon bagi menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) dengan mengisi ruang Maklumat Program Ijazah – Cara Ijazah diperolehi di dalam sistem atas talian e-lpqb dengan memilih BSL USIM seperti paparan di bawah:

 

  

 MAKLUM BALAS TERKINI ISU PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH & UNDANG-UNDANG

(DENGAN KEPUJIAN)

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Setakat  13 Mei 2015

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana laporan penuh hasil lawatan badan Professional telah diterima secara pos laju pada 5 Mei 2015.

Untuk makluman semua, Fakulti Syariah dan Undang-undang tidak sewenang-wenangnyanya meletakkan  ianya  rahsia dan sulit, tetapi dokumen ini telah dilabel sulit oleh pihak  Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang, Malaysia (Lembaga).  Selepas  menerima laporan penuh ini , Fakulti perlu menjawab apa yang dinyatakan  dalam laporan penuh. Maklum balas ini tidak boleh dibuat dengan  tergesa-gesa  dan kami bertungkus lumus menyiapkan maklum balas yang diminta Lembaga.

Pihak Fakulti  telah merujuk kepada Datuk Abdul Rahman Putra, Pengarah
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman berhubung perkara ini,  tengahari ini (13 Mei 2015) ,dan beliau mengatakan  bahawa meskipun ibu bapa ALUMNI  adalah  pemegang taruh, mereka bukanlah priviti kepada laporan penuh ini.
Malahan,   Fakulti akan menanggung akibatnya jika berkongsi laporan ini secara  bercetak
kepada ibu bapa ALUMNI dan boleh didakwa oleh Lembaga.

Dalam proses  ini,  Fakulti telah mendapat tarikh perjumpaan dengan Datuk Abdul Rahman Putra pada 28 Mei  2015, untuk proses verification kepada laporan tersebut. Fakulti amat  berbesar hati jikalau ALUMNI dan ibu bapa ALUMNI dapat datang sendiri  ke  Fakulti untuk membincang secara bersemuka bersama Dekan/Timbalan Dekan (Akademik & Penyelidikan)/Ketua Program Syariah dan Undang-undang dan bukan melalui email  ataupun  sosial media akan perkara pengiktirafan.

Hasil laporan penuh ini akan  dikongsi kepada semua pemegang taruh secara berperingkat-peringkat,
pertamanya ialah libatsama pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah  dan  Undang-undang (dengan kepujian) yang sedia ada. Fakulti telah meminta wakil ALUMNI kepada setiap batch pada 20 April  2015  termasuk seorang wakil pelajar tahun akhir program ini untuk perjumpaan  dengan Pengarah Peperiksaan Sijil Amalam Guaman untuk mendengar sendiri  daripada Datuk Abdul Rahman, ringkasan keputusan, iaitu bahawa Program Ijazah Sarjana Muda  Syariah dan Undang-undang (dengan kepujian) ini diberikan pengikitirafan  sementara (provisional recognition).

 

Marilah berdoa bersama-sama agar proses pengiktirafan ini dipermudahkan oleh Nya.



DR. SYAHIRAH ABDUL SHUKOR

Dekan

Fakulti Syariah dan Undang-undang

 

 

 

 

 Faculty of Syariah and Law
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +606-798 8525/8523/8522, Fax: +606-798 8531/8530, Email: helpdesk[at]usim.edu.my