SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA DENGAN KEPUJIAN (SMFF)
4 tahun (8 Semester)
Profesional Fiqh dan Fatwa yang berupaya memahami dan menjelaskan, mengintegrasi, mensintesis dan mengaplikasi prinsip-prinsip Syariah dalam isu-isu semasa di peringkat negara dan antarabangsa.
Profesional Fiqh dan Fatwa yang berupaya berkolaboratif dan berkebolehan menyelesaikanpermasalahan semasa yang berkaitan dengan perundangan Syariah, khususnya yang melibatkan isu-isu berkaitan dengan Fiqh dan Fatwa melalui komunikasi berkesan.
Profesional Fiqh dan Fatwa yang berkemahiran menggunakan sumber teknologi moden dalam mengembangkan ilmu untuk pengeluaran dan penyelidikan hukum dalam bidang syariah serta mampu meneroka peluang keusahawanan di dalam profesion perundangan Syariah.
Profesional Fiqh dan Fatwa yang berupaya membangunkan intelektual dan kemahiran kendiri, mempunyai daya kepimpinan yang unggul dan menerapkan penghayatan etika profesional dalam memberikan khidmat kepada klien dan masyarakat sejagat di dalam kerjaya yang bersesuaian dalam pasaran yang melibatkan aspek Syariah.
Pegawai Hal Ehwal Agama Islam