PROGRAM SARJANA MUDA

//PROGRAM SARJANA MUDA
PROGRAM SARJANA MUDA 2024-09-06T16:55:12+08:00

SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH DENGAN KEPUJIAN (SMUS)

5 tahun (10 Semester)

Profesional dalam bidang undang- undang sivil dan Syariah yang berupaya mempamerkan pengetahuan yang menyeluruh dengan mengaplikasi, menganalisa dan mengintegrasikan prinsip undang-undang sivil dan Syariah untuk menyelesaikan isu dan permasalahan semasa dan berbangkit.

Profesional dalam bidang undang- undang sivil dan Syariah yang boleh memimpin dengan autonomi dan tanggungjawab serta secara berpasukan melalui komunikasi berkesan dan kemahiran interpersonal dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Profesional dalam bidang undang- undang sivil dan Syariah yang menggunakan kemahiran digital dan kemahiran numerasi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan bagi membangunkan kerjaya mereka dan meneroka peluang perniagaan di dalam profesion di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Profesional dalam bidang undang- undang sivil dan Syariah yang mendukung dan menyepadukan etika profesional, obligasi moral dan amalan yang lestari dalam memberi khidmat kepada pelanggan dan masyarakat secara keseluruhannya.

Peguamcara dan Peguambela

Peguam Syarie

Pegawai Undang-Undang

Penasihat Undang-Undang