NILAI, 26 September 2025. Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Majlis Naratif Pelajar Baharu Sarjana Muda pada 26 September 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah Fakulti (DKF).
Majlis dimulakan dengan ketibaan pelajar baharu dan pengurusan fakulti, diikuti ucapan alu – aluan, bacaan doa, nyanyian lagu rasmi serta persembahan multimedia. Ucapan pengenalan fakulti telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azidzah Yaakob, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), mewakili Dekan FSU. Seterusnya, taklimat Hal Ehwal Pelajar disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nisar Mohammad Ahmad, Timbalan Dekan HEPA.
Majlis diteruskan dengan taklimat daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (PMFSU), diikuti sesi taklimat program pengajian mengikut program oleh Ketua Program masing-masing. Majlis diakhiri dengan sesi minum petang sebelum bersurai pada jam 5.20 petang.
Semoga program ini menjadi landasan awal buat semua pelajar baharu FSU untuk mengenali fakulti, membina jaringan persahabatan, dan memulakan perjalanan akademik dengan penuh semangat di USIM.