Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Syariah dan Undang-ndang 2025

//Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Syariah dan Undang-ndang 2025

17 April 2025, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada jam 11.00 pagi bertempat di ruang legar dan lobi fakulti. Acara ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara warga fakulti termasuk pensyarah, staf pentadbiran, dan para pelajar dalam suasana penuh keceriaan sempena Syawal yang mulia. Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis pada jam 11.15 pagi.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Dekan FSU, YBrs. Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah. Dalam ucapannya, YBrs. Dr. turut menyatakan penghargaan kepada semua warga fakulti atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Ucapan beliau mencerminkan aspirasi FSU untuk terus menjadi institusi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga menitikberatkan keharmonian komuniti.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan kebudayaan yang menggamit suasana Syawal. Acara kemuncak adalah jamuan Hari Raya yang berlangsung pada jam 12.05 tengah hari. Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah tradisional raya yang enak dan menyelerakan. Suasana penuh mesra dan santai ini memberi ruang kepada semua hadirin untuk beramah mesra dan bergambar kenangan bersama. Majlis tamat sekitar jam 3.00 petangi, namun senyuman dan semangat Syawal terus terpancar dalam kalangan semua yang hadir.

2025-05-08T09:21:22+08:00