PROGRAM SARJANA

PROGRAM SARJANA 2024-09-06T17:27:47+08:00

SARJANA UNDANG-UNDANG (UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA)

1.5 tahun (3 semester)

 Profesional dalam bidang Undang-undang Antarabangsa yang berupaya menguasai, mengintegrasi dan mengaplikasi ilmu pengetahuan dengan menggunakan metodologi dan teknik lanjutan dalam menjalankan penyelidikan dan penulisan dalam bidang Undang-undang Antarabangsa. 

 Profesional dalam bidang Undang-undang Antarabangsa yang berkebolehan menggunakan kemahiran digital dan numerasi untuk berterusan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi perkembangan kerjaya dan meneroka peluang keusahawanan dalam profesion berkaitan Undang-undang Antarabangsa di peringkat nasional atau global. 

 Profesional dalam bidang Undang-undang Antarabangsa yang berkebolehan memimpin secara berautonomi dan bertanggungjawab serta mampu bekerja secara berkumpulan melalui kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan menggunakan bahasa yang sesuai dalam bidang Undang-undang Antarabangsa. 

 Profesional dalam bidang Undang-undang Antarabangsa yang mendukung dan mempertahankan nilai-nilai etika dan profesional serta tanggungjawab moral dan amalan berterusan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat secara keseluruhan berkaitan Undang-undang Antarabangsa. 

Peguamcara dan Peguambela

Peguam Syarie

Pegawai Undang-Undang

Penasihat Undang-Undang