Lawatan dari Fakultas Syariah, Universitas Darussalam Gontor ke Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung pada 17 September 2024 dengan jayanya. Delegasi yang terdiri daripada 25 orang pelajar dan 2 orang pensyarah disambut dengan mesra oleh pihak Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM dalam satu majlis diadakan di Bilik Mesyuarat Utama FSU.
Para pelawat diberi penerangan mendalam mengenai kursus dan program pengajian yang ditawarkan oleh fakulti ini oleh Dr Aunorchim.
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama sebagai kenang-kenangan. Pihak Universitas Darussalam Gontor melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan atas sambutan yang diberikan serta berharap agar kerjasama antara kedua-dua universiti ini akan terus berkembang pada masa akan datang.