Bengkel Pemantapan Laman Web Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

//Bengkel Pemantapan Laman Web Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

Bengkel Pemantapan Laman Web Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Laman Web FSU selama tiga hari dua malam yang berlangsung pada 6-8 September 2024 di Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur dengan jayanya. Bengkel ini diadakan bagi memastikan laman web fakulti memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Pusat Data dan Infrastruktur (SDEC) dan selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Bengkel ini turut disertai oleh ahli jawatankuasa laman web FSU seramai 16 orang, yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menambah baik laman web fakulti.

Penceramah bagi bengkel ini ialah Encik Faiz Aziz dari SDEC USIM. Beliau berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan laman web serta memperkenalkan teknik-teknik terkini bagi memastikan laman web fakulti menjadi lebih mesra pengguna dan responsif. Penglibatan beliau memberikan dimensi baharu dalam memantapkan struktur dan kandungan laman web, khususnya dari segi penyusunan maklumat yang lebih sistematik serta reka bentuk yang menarik.

Sepanjang bengkel tersebut, peserta bukan sahaja mendapat pendedahan teori malah turut diberi peluang untuk melakukan praktikal secara langsung dalam sesi latihan. Aktiviti hands-on ini memberi ruang kepada peserta untuk menambah kemahiran teknikal dalam pengurusan laman web serta meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan teknologi terkini dalam pembangunan laman web. Hasil daripada bengkel ini diharapkan mampu memperkukuh fungsi laman web FSU sebagai platform utama penyebaran maklumat kepada pihak berkepentingan dan masyarakat luar.

2024-10-04T15:58:17+08:00