BENGKEL HALATUJU DAN KPI FSU 2019

//BENGKEL HALATUJU DAN KPI FSU 2019

Bengkel Halatuju & KPI bagi Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM diadakan pada 1-3 hb Mac 2019 di Hotel Avenue Garden Hotel, Bangi membincangkan penetapan pelan strategik dan halatuju fakulti 2019-2021. Bengkel selama tiga hari ini telah membincangkan pelan tindakan untuk fakulti merealisasikan visi, misi dan objektif universiti dalam tujahan akademik dan antarabangsa, hal ehwal pelajar dan alumni, penyelidikan dan inovasi dalam suasana barakah. Aktiviti solat berjemaah dan sajian tazkirah bertemakan barakah dan integrasi ilmu mencetuskan motivasi untuk warga FSU dalam menjalankan amanah dengan tulus ikhlas dan berdedikasi. Terima kasih kepada semua warga FSU dan urusetia yang bertungkus lumus memastikan bengkel ini berjalan lancar. Semoga usaha kita diberkati Allah. Amin.

2019-03-07T08:10:38+08:00