SIJIL PERUNDANGAN KELUARGA ISLAM

/, News/SIJIL PERUNDANGAN KELUARGA ISLAM

Program Sijil Perundangan Keluarga Islam bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan institusi kekeluargaan dari perspektif Islam.

Antara fokus perbincangan dalam program ini ialah konsep perkahwinan dalam Islam, kepentingan memilih pasangan, pertunangan, kewajipan nafkah, kesan perkahwinan, perceraian dan kesannya, kaedah-kaedah pembubaran perkahwinan serta hak penjagaan anak.

Kefahaman yang jelas tentang isu kekeluargaan adalah sangat penting bagi menjamin kehidupan yang berkualiti serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

2021-10-07T12:17:20+00:00