PEMAKLUMAN TUNTUTAN PEMBAYARAN PEPERIKSAAN SIJIL AMALAN GUAMAN (PSAG) BAGI ALUMNI PROGRAM SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (SMSU) USIM

 PENGUMUMAN

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

PEMAKLUMAN TUNTUTAN PEMBAYARAN PEPERIKSAAN SIJIL AMALAN GUAMAN (PSAG) BAGI ALUMNI PROGRAM SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (SMSU) USIM

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali ke 590 Bil. 40/2015, bertarikh 22 Disember 2015 telah memutuskan bahawa USIM akan membayar semula tuntutan pembayaran bagi yuran Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) seperti berikut:

 

 

Bil

Jenis Yuran

Jumlah bayaran (RM)

1.

Yuran Pemprosesan

100

2.

Yuran Pendaftaran sebagai Calon PSAG

3000

3.

Yuran Peperiksaan

(Peperiksaan Utama untuk lima (5) mata pelajaran)

1000

 

 

Jumlah keseluruhan

 

4100

 

Syarat pembiayaan USIM kepada pelajar

 

  1. Pelajar LULUS kesemua kertas peperiksaan yang perlu diduduki.
  2. TIADA PEMBIAYAAN diberikan kepada sebarang peperiksaan ulangan yang diduduki calon.
  3. Pembayaran adalah berdasarkan kepada tuntutan (claim).
  4. TIADA wang pendahuluan diberikan.

 

Bagi tujuan tuntutan pembayaran, mohon kemukakan keputusan peperiksaan dan resit berkaitan kepada Pejabat Fakulti Syariah dan Undang-undang untuk diproses.

 

 

Dikeluarkan oleh

Fakulti Syariah dan Undang-undang

Universiti Sains Islam Malaysia

 

 Faculty of Syariah and Law
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +606-798 8525/8523/8522, Fax: +606-798 8531/8530, Email: helpdesk[at]usim.edu.my