Projek The Repository of Malaysian Judgments

Sesi taklimat berkenaan Projek The Repository of Malaysian Judgments telah diadakan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM pada hari Khamis 4.4.2018. Projek ini merupakan projek Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan dianggarkan telah menelan kos jutaan ringgit.

Ketua Hakim Negara sudah bersetuju dan projek ini akan dilancarkan pada 16 April 2018 ini.

Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM dijemput untuk menyertai projek ini sebagai partner.

Semoga ia mendapat sokongan untuk diteruskan dan mampu memberi impak yang baik untuk fakulti dan USIM.

 Faculty of Syariah and Law
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +606-798 8525/8523/8522, Fax: +606-798 8531/8530, Email: helpdesk[at]usim.edu.my