FSU Profesor Kongsi Kepakaran di IAIN Batusangkar, Sumatra Barat

Sebagai langkah penting meningkatkan prestasi dan status Universiti, IAIN Batusangkar diwakili oleh Fakulti Syariah, secara khusus mendatangkan seorang pakar ilmu Syariah dalam program akademik Profesor Pelawat. Satu sesi pencerahan bersama para pensyarah fakulti telah dianjurkan pada hari Selasa (27/2/2018) di kampus IAIN Batusangkar yang disampaikan oleh Profesor Dr Amir Husin Mohd Nur yang merupakan profesor di Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM.
 
"Program seperti ini sangat penting untuk membantu para pensyarah membuka cakrawala pemikiran dan kreatifiti dalam berkarya khususnya penulisan di jurnal-jurnal ilmiah peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa" kata Dr. H. Kasmuri Rektor IAIN Batusangkar.
 
Program profesor pelawat ini adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Fakulti Syariah IAIN Batusangkar disamping Seminar Serantau tentang Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Minangkabau yang dihadiri oleh jajaran kepemimpinan IAIN, dosen-dosen dan mahasiswa fakultas Syariah.
 
"Diharapkan kerjasama ilmiah seperti ini dapat dilanjutkan dan akan memberi manafaat bersama di antara dua institusi pendidikan tinggi di Sumatra Barat Indonesia dan Negeri Sembilan Malaysia" tambah Dr Zainuddin MA, dekan fakultas Syariah IAIN Batusangkar.

 Faculty of Syariah and Law
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +606-798 8525/8523/8522, Fax: +606-798 8531/8530, Email: helpdesk[at]usim.edu.my